Sunday, 17 July 2011

Songs from Yusof Islam

Sunday, 15 May 2011

Sahabat....


"Sahabat kita hanya manusia biasa. Jangan diharapkan dia sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna melainkan Allah. TAPI BERSAHABATLAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT. Sayangi & Maafkan dia kerana dia adalah sahabat kita"


MMMMM...terpanggil untuk aku mecoret luahan hati pabila terbaca petikan diatas. Petikan tersebut ku ambil dari seorang sahabat di FB. Bila bercakap tentang kawan, aku memang bersyukur kerana di PSA ini tak susah untuk mencari kawan. Hidup ini rasa macam tak lengkap jika tidak dipenuhi oleh kawan kawan PSA. Keceriaan dan kegembiraan di ofis bersama kawan kawan dapat mengatasi segala masalah di ofis. Merekalah teman berkongsi cerita, tempat meluahkan ketidakpuasan hati, tempat berkongsi suka duka.
Kekadang bila berkawan, ada gurisan...buat kawan kawanku....ku mohon ampun dan maaf jika ada yang tersalah atau terbuat atau tersinggung dengan diriku yang kerdil ini.
TERIMA KASIH yang tidak terhingga ku ucapakan kepada semua sahabat sahabat ku di PSA kerana dengan kehadiran mu, duniaku dipunuhi warna warna indah.

;;